MRTA vs MLTA (PLAN TAKAFUL I-GREAT DAMAI)..Yang mana terbaik?

Assalamualaikum WBT,

 

Ada diantara kita yang sedang berkira-kira untuk membeli rumah impian anda. Sudah pasti apabila bercakap tentang pemilikan rumah, pasti pihak bank akan mengesyorkan pihak pembeli untuk mengambil plan MRTA untuk rumah mereka. Bagi yang sedang berurusan membeli rumah,masih sempat untuk kita bertanya perkara ini: Apakah perbezaan MRTA dengan MLTA?

Ini adalah 2 perkara sangat penting untuk kita tahu sebelum kita membayar wang kita untuknya kerana KITA MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMILIH MANA-MANA PLAN TANPA ADA PIHAK YANG BOLEH MEMPERTIKAIKANNYA.

 

Hari ini Rizkee nak kongsikan apa itu MRTA dan apa itu MLTA. Tentu ramai yang keliru atau mungkin tidak pernah tahu tentang elemen ini semasa proses pembelian rumah anda. Selepas membaca artikel ini, Rizkee harap bakal pembeli rumah baru dapat membuat keputusan dengan sebijaknya.

 

YANG BIASA DITAWARKAN OLEH PIHAK BANK SEMASA MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN ADALAH: MRTA (Mortgage Reduced Term Assurance)

 

Mortgage Reduced Term Assurance merupakan perlindungan insurans untuk Pinjaman Perumahan. Tujuan pembeli membeli polisi MRTA (ada yang tidak faham langsung tetapi hanya terus bersetuju) adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum di bayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Sekiranya berlaku kejadian seperti berikut, polisi MRTA yang dibeli oleh peminjam bersama-sama pinjaman perumahan yang dibuat sebelum itu dengan pihak bank akan membayar baki pinjaman yang tertunggak disebabkan masalah untuk membayar semula kerana peminjam telah mengalami kehilangan keupayaan untuk membayar.

 

Bagaimana untuk mengenal Polisi MRTA?

 

1. Bayaran polisi dibuat secara lump sum (sekali gus) di mana persetujuan dan pembayaran dibuat seawal menandatangani perjanjian dengan pihak bank (pihak bank sudah berurusan dengan pihak inusrans yang menawarkan polisi MRTA ini)(contoh amount RM3000-5000 atau lebih)

2. Biasanya pembayaran untuk polisi ini akan dimasukkan sekali didalam loan pinjaman perumahan yang dibuat sekiranya jumlah premium terlalu mahal (ini bagi membolehkan peminjam mebuat bayaran secara bulanan).

3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.(ada interest)

4. Tempoh perlindungan sama adalah seperti tempoh pinjaman.

5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.

6. Lebih murah berbanding dengan Plan Takaful I-Great Damai sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.

7. Tiada nilai tunai.(Simpanan TIADA)

8. PENAMA adalah BANK

 

Biasanya bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali membuat pinjaman ,perlu memohon plan MRTA dan sekiranya ingin menjual semula hartanah tersebut, perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya ingin membeli hartanah lain, perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur pencarum telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Jika mahal masih lagi boleh diusahakan, namun jika pencarum telah pun menghidap penyakit dan hilang keupayaan sehingga tiada lagi syarikat insurans/takaful yang mahu menerima untuk menjadi pencarum di syarikat insurans mereka, bagaimana pula? Di saat ini, sudah tiada lagi peluang terbuka untuk mengambil polisi MRTA.

 

PILIHAN YANG ADA UNTUK MENGGANTIKAN MRTA ADALAH : MLTA (Mortgage Level Term Assurance)

Ciri-Ciri Plan Takaful I-Great Damai (MLTA)

 

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.

2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman dan sehingga umur kita 99 tahun.

3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.

4. Jumlah caruman yang tetap. Walaupun umur meningkat, caruman tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.

5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh Plan Takaful I-Great Damai ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.

6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, pampasan kemalangan, elaun MC, penggantian pendapatan dan sebagainya.

7. Ada nilai tunai (simpanan) dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.

8.PENAMA boleh kepada SESIAPA sahaja (Konsep HIBAH atau hadiah akan digunakan pada nilai perlindungan asas tanpa perlu kepada Faraid)

 

Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas caruman sekiranya caruman dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan caruman untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%.

 

Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, Plan Takaful I-Great Damai  sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi takaful yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.

 

SECARA KESIMPULAN, LIHAT GAMBARAJAH DI BAWAH

Table-MRTA-vs-MLTA  2-guna ini

Rizkee harap dengan penjelasan yang dibuat dapat membantu mereka yang sedang dalam proses membeli hartanah dan bakal membeli. Anda ada hak untuk memilih. Tak perlu terus turunkan tandatangan dengan pihak bank. Jika masih samar dan belum jelas, boleh bertanya terus kepada Rizkee. Rizkee juga boleh menguruskan urusan perlindungan mortgage MLTA (Plan Takaful I-Great Damai) anda dari A-Z apabila anda ingin membeli sebuah rumah atau hartanah baru.

 

Untuk mendapatkan sebutharga Plan Takaful I-Great Damai secara PERCUMA, sila klik pada button dibawah dan isi butiran anda disitu. Terima Kasih.

request-a-free-quotation1.png

“TAKAFUL FOR YOU AND ME”

Rizkee Johari

Great Takaful Group

Kuala Lumpur Branch

Great Eastern Takaful Berhad

013-4824834

Leave a comment