SIJIL TAKAFUL SAYA SUDAH PERCUMA!

Alhamdulillah…

Inilah yang Rizkee cuba nak sampaikan kepada semua orang. Kepuasan menolong orang yang mungkin tidak dapat didapati daripada kerjaya-kerjaya lain diluar sana. Beliau ini sebenarnya seorang yang sudah berumur (Umur 54 tahun ketika mendaftar) dan Rizkee kenali beliau sejak dibangku sekolah rendah lagi.

 

Jadinya, boleh katakan hampir 12 sijil takaful yang keluarganya mendaftar melalui Rizkee. Dia dan suami, anak-anak dan cucu-cucu hampir kesemuanya sudah ada perlindungan takaful kad perubatan. Penyimpanan bulanan sangat baik dan tidak pernah terlewat atau dan sijil juga tidak pernah ‘lapse’. Ini contoh peserta takaful yang BAIK.

 

Selepas mencarum selama 1 tahun 5 bulan, beliau diuji dengan penyakit kritikal pada tahun 2015 sehingga menyebabkan berlakunya pembedahan kecil di bahagian kepala. Pembedahan dijalankan di salah sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur kerana beliau mengenali seorang doktor di hospital tersebut. Beliau menggunakan GL kerajaan atas sebab anaknya seorang doktor di hospital kerajaan. Namun tidak kesemua kos ditanggung oleh GL kerajaan. Terdapat sejumlah RM900+ tidak ditanggung dan saya selaku penasihat takaful membuat tuntutan melalui Great Eastern Takaful Berhad. Refer post saya pada 24 April 2016:

SAYA KERJA DENGAN KERAJAAN, BIL PERUBATAN FREE!!!

 

Alhamdullillah, urusan tuntutan berjalan agak lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari beliau dan juga pihak hospital. Hari ni Rizkee nak ceritakan apa sebenarnya yang beliau dapat setelah mencarum selama 1 tahun 11 bulan. Setelah hampir 2 bulan proses melakukan tuntutan ke atas bil pembedahan di hospital dan tuntutan penyakit kritikal untuk beliau, Rizkee berjaya mendapatkan cek seperti dibawah untuk beliau:

1. Cek bil hospital yang tidak ditanggung oleh pihak kerajaan dan elaun harian di hospital kerajaan RM1225
2. Cek pampasan penyakit kritkal RMxx,000
3. Beliau tidak perlu lagi membayar RM470 sebulan. Sebaliknya GETB akan membayar setiap bulan sehingga umur beliau 99 tahun. Dalam masa yang sama, kad perubatan dan simpanan berjalan seperti biasa (inilah yg dimaksudkan dengan SIJIL PERCUMA). LIHAT PADA SCREENSHOT DIBAWAH AKAN BUKTI ‘CONTRIBUTION WAIVED’ IAITU PEMBAYARAN BULANAN TIDAK PERLU LAGI.

igp snapshot

Hal beliau sudah lepas, menikmati kehidupan yang baik dan InshaAllah kita mendoakan kesihatan yang terbaik untuk beliau.

Apa nasib kita pula? Masih nak bertangguh mendaftarkan diri dalam pelan takaful di Great Eastern Takaful Berhad?? Marilah kita daftar dengan seberapa segera yang mungkin. Banyak ejen-ejen diluar sana yang anda boleh pilih jika tidak selesa dengan Rizkee. Rizkee hanya mahu menolong bukan melolong.

 

KLIK SINI UNTUK FREE QUOTATION:

request-a-free-quotation1.png
Rizkee
Penasihat Takaful Anda
013-4824834
rezekirizkeetakaful.wordpress.com

Leave a comment