Fahami Tempoh Menunggu Medical Card

Apa Yang Harus Kita Tahu Tentang Tempoh Penggunaan Medical Card

Kredit kepada: Aizuddin Yusoff

www.facebook.com/aizuddinyusoffconsultancy/

Kad Perubatan: Fahami Tempoh Menunggu 30 Hari, 120 Hari dan 2 Tahun di dalam Polisi.

Ketiga-tiga tempoh di atas mesti difahami oleh setiap pemegang kad perubatan sebelum mendapat rawatan di hospital swasta untuk mengelakkan ‘masalah’ dengan GL.

Apabila polisi takaful kad perubatan lulus, perlindungan rawatan perubatan bermula serta-merta untuk kes kemalangan. Laporan doktor sangat penting untuk justifikasi perlu kemasukkan ke wad selepas kemalangan berlaku. Jika laporan tidak cukup kuat atau tidak tepat untuk kes kemalangan ini, dikhuatiri pihak syarikat hanya beranggapan rawatan pesakit luar adalah mencukupi dan menolak mengeluarkan GL. Inilah yang berlaku dalam kes Datok Jamal Yunos yang viral baru-baru ini, ianya salah faham daripada laporan doktor pertama yang memohon GL menyebabkan permohonan ditolak.

Bagi rawatan pesakit luar akibat kemalangan, pelanggan perlu membayar dulu kos rawatan dan dituntut kemudian daripada pihak syarikat takaful.

Secara umum, tempoh menunggu untuk kad perubatan adalah 30 hari daripada tarikh mula polisi. Tempoh menunggu bermaksud sebarang penyakit yang dikesan dalam tempoh ini dianggap sebagai penyakit sedia ada, dan tidak dilindungi.

Selepas 30 hari, jika menghidap penyakit ‘biasa’ seperti demam wabak denggi atau keracunan makanan, pihak syarikat biasanya akan mengeluarkan GL dengan mudah.

Namum ada beberapa penyakit tertentu yang memerlukan tempoh menunggu selama 120 hari (4 bulan). Antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung, berkaitan kanser, tulang belakang (termasuk disk), lutut dan lain-lain (rujuk polisi bawah definisi ‘specified illnesses’). Jika penyakit-penyakit di atas dikesan di dalam tempoh menunggu 120 hari, ianya dianggap sebagai penyakit sedia ada dan tidak dilindungi.

Adakah selepas habis tempoh menunggu, GL akan keluar secara automatik dalam semua kes? Tidak juga. Katakan pada bulan ke-8, pelanggan dikesan menghidap kencing manis. Kebiasaannya pihak syarikat akan menjalankan penyiasatan untuk menentukan jika penyakit sebenarnya bermula sejak dalam tempoh menunggu atau selepas tempoh menunggu tamat. Sebab itu, GL juga tidak dikeluarkan untuk siasatan dijalankan.

tempoh-menunggu

Di antara kaedah siasatan termasuklah (a) laporan doktor merawat, jadi pesakit mesti memberi tarikh yang betul semasa ditanya oleh doktor bila mula sakit, sebab laporan doktor kepada pihak syarikat takaful menentukan perlindungan diberikan atau sebaliknya; dan (b) pihak syarikat juga akan membuat semakan dengan hospital-hospital panel syarikat dan hospital kerajaan berdekatan untuk memastikan pelanggan tidak pernah membuat rawatan yang sama sebelum ini.

Jika hasil siasatan mengesahkan penyakit hanya dikesan selepas tempoh menunggu tamat, pihak syarikat akan membayar balik sepenuhnya kos rawatan (tertakluk kepada caj ko-takaful jika ada).

Sebagai nota tambahan, jika penyakit yang sama berulang di masa hadapan selepas siasatan mengesahkan ianya dikesan selepas tempoh menunggu, pihak syarikat tidak lagi meminta siasatan yang sama, jadi GL akan dikeluarkan dengan lancar.

Berapa lama pihak syarikat berhak meminta siasatan dijalankan untuk pengesahan status bukan penyakit sedia ada? Dalam tempoh 2 TAHUN. Di dalam polisi dinyatakan dengan jelas, pihak syarikat akan menerima semua terma di dalam polisi (termasuk tiada penyakit sedia ada) selepas tempoh 2 tahun selesai. Jadi GL akan dikeluarkan dengan mudah dan lancar bila mana laporan doktor semasa permohonan GL mengesahkan keperluan rawatan di hospital.

Fahami tempoh-tempoh di atas dengan jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada agen masing-masing. Ini mungkin boleh mengelakkan masalah timbul akibat kekeliruan dan salah faham.

Advertisements

ANTARA TUNTUTAN TAKAFUL YANG PERNAH DIBUAT DIBAWAH KENDALIAN KAMI

BISMILLAH…

ANTARA TUNTUTAN TAKAFUL YANG PERNAH DIBUAT DIBAWAH KAMI:

 

KES TUNTUTAN 2015

06/01/2015: TERSELIUH KAKI KETIKA DI PANTAI RM 186 (PESAKIT LUAR)

27/01/2015: TACHYPNEA RM 100 (ELAUN HARIAN)

31/01/2015: BATU KARANG RM 9000 (BIL OPERATION)

23/03/2015: DAHI TERKOYAK AKIBAT MELANGGAR BUCU PINTU RM 81 (PESAKIT LUAR)

14/04/2015: KUKU IBU JARI TERCEDERA AKIBAT TIN SUSU JATUH KEATASNYA RM 200 (PESAKIT LUAR)

28/07/2015: MELECUR API RM 67 (PESAKIT LUAR)

19/08/2015: DEMAM PANAS RM255 (ELAUN HARIAN RM200)

30/08/2015: DEMAM DENGGI RM 5500 (BIL HOSPITAL)

08/09/2015: KEMALANGAN MOTORSIKAL RM 300 (ELAUN HILANG UPAYA SEMENTARA)

12/09/2015: DEMAM JANGKITAN KUMAN RM 100 (ELAUN HARIAN)

11/11/2015: KERACUNAN MAKANAN RM50 (ELAUN HARIAN)

11/11/2015: PEMBEDAHAN KETUMBUHAN DIKEPALA RM 1000 (ELAUN HARIAN RM200)

 

KES TUNTUTAN 2016

05/01/2016: PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL RM 12000 (CLIENT TIDAK PERLU LAGI MELAKUKAN BAYARAN, SEBALIKNYA GETB YANG MENERUSKAN PEMBAYARAN BULANAN. MEDICAL CARD DAN SAVINGS BERJALAN SEPERTI BIASA)

23/02/2016: DEMAM PANAS RM 150 (ELAUN HARIAN)

17/05/2016: DEMAM PANAS RM 250 (ELAUN HARIAN)

 

*ADA YANG MENGGUNAKAN GL KERAJAAN DAN JUGA GL INSURANS SYARIKAT, OLEH ITU MEREKA HANYA MELAKUKAN TUNTUTAN ELAUN HARIAN DENGAN GREAT EASTERN TAKAFUL.

MEDICAL CARD BARU: 2 JUTA LIMIT TAHUNAN DAN TIADA LIMIT SEPANJANG HAYAT

BREAKING NEWS!
BREAKING NEWS!
BREAKING NEWS!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Great Eastern Takaful Berhad akan melancarkan rangkaian Medical Card terbaru, i-Medik Xtender Rider pada hari Isnin, 18 Julai. Untuk pelanggan sedia ada, anda juga boleh meng’upgrade’ medical card sekarang kepada pelan ini.

Limit tahunan bermula dari RM600k, RM900k, RM1.2 Juta, RM1.6 Juta sehingga RM2 Juta.

Dan TIADA LIMIT SEPANJANG HAYAT.

13654198_10210026639645560_6724785324804786982_n

Kenapa perlu ada medical card dengan coverage tahunan yang tinggi? Siapa nak tahu?

PM Rizkee segera!!!

013-4824834
013-4824834
013-4824834

rezekirizkeetakaful.wordpress.com

SIJIL TAKAFUL SAYA SUDAH PERCUMA!

Alhamdulillah…

Inilah yang Rizkee cuba nak sampaikan kepada semua orang. Kepuasan menolong orang yang mungkin tidak dapat didapati daripada kerjaya-kerjaya lain diluar sana. Beliau ini sebenarnya seorang yang sudah berumur (Umur 54 tahun ketika mendaftar) dan Rizkee kenali beliau sejak dibangku sekolah rendah lagi.

 

Jadinya, boleh katakan hampir 12 sijil takaful yang keluarganya mendaftar melalui Rizkee. Dia dan suami, anak-anak dan cucu-cucu hampir kesemuanya sudah ada perlindungan takaful kad perubatan. Penyimpanan bulanan sangat baik dan tidak pernah terlewat atau dan sijil juga tidak pernah ‘lapse’. Ini contoh peserta takaful yang BAIK.

 

Selepas mencarum selama 1 tahun 5 bulan, beliau diuji dengan penyakit kritikal pada tahun 2015 sehingga menyebabkan berlakunya pembedahan kecil di bahagian kepala. Pembedahan dijalankan di salah sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur kerana beliau mengenali seorang doktor di hospital tersebut. Beliau menggunakan GL kerajaan atas sebab anaknya seorang doktor di hospital kerajaan. Namun tidak kesemua kos ditanggung oleh GL kerajaan. Terdapat sejumlah RM900+ tidak ditanggung dan saya selaku penasihat takaful membuat tuntutan melalui Great Eastern Takaful Berhad. Refer post saya pada 24 April 2016:

https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/2016/04/22/saya-kerja-dengan-kerajaan-bil-perubatan-free/

 

Alhamdullillah, urusan tuntutan berjalan agak lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari beliau dan juga pihak hospital. Hari ni Rizkee nak ceritakan apa sebenarnya yang beliau dapat setelah mencarum selama 1 tahun 11 bulan. Setelah hampir 2 bulan proses melakukan tuntutan ke atas bil pembedahan di hospital dan tuntutan penyakit kritikal untuk beliau, Rizkee berjaya mendapatkan cek seperti dibawah untuk beliau:

1. Cek bil hospital yang tidak ditanggung oleh pihak kerajaan dan elaun harian di hospital kerajaan RM1225
2. Cek pampasan penyakit kritkal RMxx,000
3. Beliau tidak perlu lagi membayar RM470 sebulan. Sebaliknya GETB akan membayar setiap bulan sehingga umur beliau 99 tahun. Dalam masa yang sama, kad perubatan dan simpanan berjalan seperti biasa (inilah yg dimaksudkan dengan SIJIL PERCUMA). LIHAT PADA SCREENSHOT DIBAWAH AKAN BUKTI ‘CONTRIBUTION WAIVED’ IAITU PEMBAYARAN BULANAN TIDAK PERLU LAGI.

igp snapshot

Hal beliau sudah lepas, menikmati kehidupan yang baik dan InshaAllah kita mendoakan kesihatan yang terbaik untuk beliau.

Apa nasib kita pula? Masih nak bertangguh mendaftarkan diri dalam pelan takaful di Great Eastern Takaful Berhad?? Marilah kita daftar dengan seberapa segera yang mungkin. Banyak ejen-ejen diluar sana yang anda boleh pilih jika tidak selesa dengan Rizkee. Rizkee hanya mahu menolong bukan melolong.

 

KLIK SINI UNTUK FREE QUOTATION:

request-a-free-quotation1.png
Rizkee
Penasihat Takaful Anda
013-4824834
rezekirizkeetakaful.wordpress.com

SAYA KERJA DENGAN KERAJAAN, BIL PERUBATAN FREE!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Ramai yang terkeliru dengan Guarantee Letter (GL) yang dikeluarkan oleh Kerajaan kepada kakitangannya yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Baru- baru ni Rizkee menerima seorang pelanggan yang menggunakan GL anaknya seorang doktor di hospital kerajaan untuk melakukan pembedahan di bahagian kepalanya.

Semasa proses pengeluaran GL kerajaan, anaknya menerima 1 surat dari Kementerian seperti yang tertera dibawah. “bersetuju akan memotong gaji dari pegawai ini bagi menjelaskan bil hospital untuk rawatan berkenaan”. Apa maksud ayat ini? ini bermakna keluarnya GL bukan bermakna rawatan di hospital kerajaan anda adalah PERCUMA tetapi ianya akan ditolak dari duit GAJI ANDA. RM 10000 in total!! Banyak tu tuan puan…

Sedarlah rakan-rakan sekalian, kan lebih elok jika mempunyai PELAN TAKAFUL PERLINDUNGAN NYAWA & KESIHATAN? Duit gaji tak guna dan juga duit simpanan anda tak akan disentuh. Untungkan??

 

Jom BERTINDAK SEKARANG!!

Dapatkan sebutharga percuma sekarang DISINI:

https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-quotation/

ATAU

Hubungi Rizkee di +6013- 482 4834

GL KERAJAAN