MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT (SIMPANAN LEBIH DARI CARUMAN! BIAR BETUL??)

 

(JANGAN BACA JIKA ANDA SUKA DUIT ANDA HANGUS!)

 

Disini Rizkee nak bagi sedikit info tentang MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT.

Pinjaman Konvensional

MRTA – Mortgage Reduced Term Assurance
MLTA – Mortgage Level Term Assurance

Pinjaman Islamik

MRTT – Mortgage Reduced Term Takaful
MLTT – Mortgage Level Term Takaful

MRTA/MRTT 

1. Memberi perlindungan kepada hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun mengikut baki hutang. Ia memberi jaminan kepada bank sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam.(erti kata lain insuran ini cover bank)

2. Sekiranya peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (TPD), insuran akan bayar pada bank dan peminjam atau waris akan dapat rumah.

3. Sekiranya peminjam menjual rumah dan membeli rumah lain, insuran ini akan lupus dan perlu membayar semula untuk pinjaman yang baru. Ia juga akan lupus setelah pinjaman bank selesai.

4. Setelah pinjaman selesai, tiada nilai tunai bg MRTA manakala bagi MRTT biasanya akan dibayar mengikut konsep mudharabah.

MLTA/MLTT

1. Memberi perlindungan kepada peminjam dan nilainya tidak berkurangan. Ia memberi jaminan kepada peminjam atau waris sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam. (erti kata lain insuran ini cover pencarum).

2. Sekiranya peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (TPD), insuran akan bayar kepada bank dan bakinya diserahkan kepada pencarum atau waris. Oleh itu pencarum atau waris akan dapat rumah dan juga duit.

3. Sekiranya peminjam menjual rumah dan membeli rumah lain, insuran ini boleh dipindahkan ke aset yang baru dan meneruskan caruman seperti biasa.

PINJAMAN ISLAMIK

HARGA / PREMIUM

MRTT – Rendah sekiranya dikira  dari sudut jumlah caruman. Tetapi perlu diingat bayaran adalah lump sum.

MLTT – Tinggi tetapi caruman ansuran

CARA BAYARAN

MRTT – Sekaligus

MLTT – Bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan

PEMBIAYAAN BANK

MRTT – Boleh dimasukkan dalam pinjaman bank sekiranya ingin membuat bayaran secara bulanan tetapi akan dikenakan upah (interest). Oleh itu jumlah caruman setelah + upah akan jadi tinggi.

MLTT – Tidak berkaitan

TUJUAN POLISI

MRTT – Jaminan kepada pihak bank

MLTT – Perlindungan  Kematian/Hilang Upaya Kekal/Penyakit Kritikal dan  Nilai Tunai

PINDAH MILIK/ASET

MRTT – Tidak boleh pindah milik atau pindah aset

MLTT – Boleh pindah milik atau pindah aset

PERLINDUNGAN

MRTT – Mengikut jumlah pinjaman dan akan terbatal apabila hutang langsai atau refinance

MLTT – Berdasarkan keseluruhan caruman, tiada susut nilai sepanjang tempoh polisi

PENAMA

MRTT – Bank sahaja

MLTT – Pencarum atau waris (100% HIBAH, TAK PERLU FARAID)

TUNTUTAN

MRTT – Insuran jelaskan baki hutang, pemilik atau waris terima rumah. Biasanya keuntungan diberikan berdasarkan konsep mudharabah, tetapi MRTA tiada keistimewaan ini.

MLTT – Takaful beri pampasan untuk selesaikan baki pinjaman dan baki wang pampasan milik penama sepenuhnya tanpa perlu di Faraid.

credit to: http://hartanahpremium.com

 

Nak pelan MLTT seperti dibawah??

BERMINAT??? NAK TAHU LEBIH LANJUT??

PM SAYA DI 013-4824834

ATAU KLIK DIBAWAH:

Quote_Layer-12

 

Advertisements

JOM JOIN TEAM KAMI DAN CORAK MASA DEPAN BERSAMA INDUSTRI TAKAFUL!!

Alhamdulillah, selepas 4 tahun berkecimpung dalam industri takaful, bermula dari seorang ejen takaful biasa yang tidak tahu nak buat sales sehinggalah hari ini berjaya memiliki sebuah BWM baru 318i Luxury dan sebuah rumah apartment yang hanya berbekalkan komisen yang diterima setiap bulan. Siapa sangkakan??

Impian Rizkee adalah untuk mengajak anda untuk mengubah masa depan anda. Membina perniagaan dengan modal yang sangat rendah iaitu hanya RM84.80 seumur hidup, anda mampu untuk menjana pendapatan beribu malah berpuluh ribu ringgit sebulan. Malah, perniagaan ini dapat diwarisi walaupun anda sudah tiada didunia ini. Mana nak cari bisness camni?

Pesan Rizkee: Tolong jangan terjebak dengan bisness yang bermodalkan berpuluh ribu ringgit sehingga memerlukan pinjaman bank dan dalam masa yang sama risikonya tidak diketahui. INI BAHAYA! Cari bisness yang bermodalkan rendah, tanpa risiko dan memberikan keuntungan berlipat kali ganda. Nak jadi ejen https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-agent/

“Rizkee, saya tak pandai nak buat sales?”

Jangan Risau! Latihan dan bimbingan disediakan secara percuma di dalam agensi kami dimana tenaga pengajarnya diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Malaysia Takaful Association (MTA).

Setiap selasa malam, kami akan mengadakan kelas bimbingan yang disertai oleh kesemua ejen. Bertukar-tukar pendapat dan berkongsi masalah yang dihadapi ketika melakukan aktiviti sales. InshaAllah semuanya ada penyelesaian terbaik dari tenaga pengajar yang berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam industri insurans/takaful.

Kami akan membimbing anda dari seorang ejen hinggalah menjadi seorang Agency Manager yang berjaya. Bersesuaian dengan tagline agensi kami iaitu ‘The Takaful Entrepreneurs Builder’.

Nak jadi ejen https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-agent/

    

 

 

 

 

 

 

BONUS UNTUK KEMASUKKAN SEKARANG!!

Anda bukan sahaja boleh menjana pendapatan disini, ada 2 FREE TRIP yang anda layak menangi jika anda menjadi ejen ketika ini.

~~~~============~~~~

JOGJA & KRABI (3D 2N)

~~~~============~~~~

Jom hubungi Rizkee segera ditalian dibawah:

Whatsapp/Mesej/Call: 013-4824834

Whatsapp/Mesej/Call: 013-4824834

https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-agent/

https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-agent/

BATAL MRTA/MRTT DAPAT DUIT LEBIHAN.

Dapatkan rebet bagi sijil MRTT yang dibatalkan.

Apabila kita membatalkan polisi insurans atau takaful yang diambil secara tahunan seperti insurans kereta, kebakaran dan kesihatan, atau insurans/takaful pembiayaan perumahan seperti MRTA/MRTT, kita berhak untuk membuat tuntutan premium bagi tempoh yang belum luput.

Untuk takaful tahunan seperti takaful kereta, kemungkinan besar anda masih layak mendapat pulangan premium jika polisi sekurang-kurangnya ada tempoh dua bulan sebelum luput.

Sementara itu bagi insurans pinjaman perumahan seperti MRTA/MRTT, apabila anda membayar balik hutang pembiayaan, sama ada kerana menjual rumah/hartanah tersebut, membiayai semula atau mempunyai dana lebihan, anda berhak untuk menuntut kembali premium MRTA/MRTT yang telah dibayar pada permulaan pinjaman untuk tempoh pinjaman yang tinggal.

Tetapi perkara penting yang perlu diingat dalam kes MRTA/MRTT ialah anda mungkin tidak dimaklumkan oleh bank bahawa anda perlu membuat tuntutan.

Baru-baru ini saya menjual satu hartanah dan menyelesaikan pinjaman satu lagi.  Kedua-dua pinjaman diambil daripada bank yang sama tetapi cawangan berbeza.  Satu cawangan serta-merta meminta saya mengisi borang untuk membuat tuntutan.

Sebaliknya, cawangan yang satu lagi hanya berdiam diri dan saya sendiri yang meminta borang untuk membuat tuntutan daripada mereka selepas dua bulan.

Ini bermakna bahawa bagi sesetengah bank, mereka tidak akan memberitahu pelanggan dan sesiapa yang tidak tahu tentang ini mungkin kerugian beberapa ribu ringgit.

Malah, bagi anda yang sudah menjelaskan pinjaman perumahan dua atau tiga tahun lepas dan masih belum membatalkan polisi, anda masih boleh melakukannya dan mendapatkan kembali wang anda.

Kesimpulannya ialah bagi setiap insurans/takaful yang dibatalkan di mana masih ada sekurang-kurangnya dua bulan lagi sebelum tarikh tamat, tanya bank atau baca terma dan syarat polisi untuk melihat sama ada anda boleh mendapatkan kembali wang anda.

Kredit kepada : http://www.laburniaga.com