ANTARA TUNTUTAN TAKAFUL YANG PERNAH DIBUAT DIBAWAH KENDALIAN KAMI

BISMILLAH…

ANTARA TUNTUTAN TAKAFUL YANG PERNAH DIBUAT DIBAWAH KAMI:

 

KES TUNTUTAN 2015

06/01/2015: TERSELIUH KAKI KETIKA DI PANTAI RM 186 (PESAKIT LUAR)

27/01/2015: TACHYPNEA RM 100 (ELAUN HARIAN)

31/01/2015: BATU KARANG RM 9000 (BIL OPERATION)

23/03/2015: DAHI TERKOYAK AKIBAT MELANGGAR BUCU PINTU RM 81 (PESAKIT LUAR)

14/04/2015: KUKU IBU JARI TERCEDERA AKIBAT TIN SUSU JATUH KEATASNYA RM 200 (PESAKIT LUAR)

28/07/2015: MELECUR API RM 67 (PESAKIT LUAR)

19/08/2015: DEMAM PANAS RM255 (ELAUN HARIAN RM200)

30/08/2015: DEMAM DENGGI RM 5500 (BIL HOSPITAL)

08/09/2015: KEMALANGAN MOTORSIKAL RM 300 (ELAUN HILANG UPAYA SEMENTARA)

12/09/2015: DEMAM JANGKITAN KUMAN RM 100 (ELAUN HARIAN)

11/11/2015: KERACUNAN MAKANAN RM50 (ELAUN HARIAN)

11/11/2015: PEMBEDAHAN KETUMBUHAN DIKEPALA RM 1000 (ELAUN HARIAN RM200)

 

KES TUNTUTAN 2016

05/01/2016: PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL RM 12000 (CLIENT TIDAK PERLU LAGI MELAKUKAN BAYARAN, SEBALIKNYA GETB YANG MENERUSKAN PEMBAYARAN BULANAN. MEDICAL CARD DAN SAVINGS BERJALAN SEPERTI BIASA)

23/02/2016: DEMAM PANAS RM 150 (ELAUN HARIAN)

17/05/2016: DEMAM PANAS RM 250 (ELAUN HARIAN)

 

*ADA YANG MENGGUNAKAN GL KERAJAAN DAN JUGA GL INSURANS SYARIKAT, OLEH ITU MEREKA HANYA MELAKUKAN TUNTUTAN ELAUN HARIAN DENGAN GREAT EASTERN TAKAFUL.

Advertisements

-ISU NAJIB vs ISU RIZKEE-

Selalu Rizkee baca di facebook atau di dalam suratkhabar apabila ada yang ditimpa musibah seperti Kemalangan (spt patah/melecur/dll) atau Penyakit Kritikal (spt buah pinggang/kanser/dll), hanya ini sahaja yang dapat dilakukan oleh kita, kawan dan ahli keluarga:
1. MEMINTA bantuan kewangan menerusi facebook/suratkhabar untuk menampung kos rawatan.
2. MENGUCAPKAN takziah dan terus bersabar kepada pesakit dan berlalu pergi.
3. MENYURUH pesakit mencari bantuan di pejabat ADUN, JKK & dll.
4. MENGINGATKAN pesakit tentang Socso atau insurans syarikat.

Semua diatas memang bagus! Rizkee tak nafikan. Tetapi tidakkah kita terfikir semua diatas memerlukan MASA YANG PANJANG?

Cuba bayangkan disaat waktu sangat kritikal DAN pesakit SANGAT memerlukan rawatan segera dan dia orang yang sangat kita sayangi. Apa tindakan kita? Masih mahu lakukan 4 perkara seperti diatas?? Ya, no 2 kena buatla. Itu adab dengan pesakit.

Cuba lihat situasi didalam gambar dibawah. Rizkee screenshot dari facebook Rizkee sendiri minggu lepas. Rizkee minta maaf jika ada yang terguris tetapi ianya sebagai pengajaran kepada yang lain. RM6500 itu sebenarnya adalah satu jumlah yang sangat kecil jika ANDA MEMILIKI KAD PERUBATAN yang hadnya antara RM90,000-RM200,000 setahun. Anda tak perlu risau dan terus boleh guna walaupun BARU SEHARI berkuatkuasa.

11013582_10207487989220886_6944893356243889963_n

Ya, dia dari golongan susah. Tetapi jika anda golongan yang kaya, sanggupkah pulak membelanjakan RM100,000 untuk rawatan sebegini hanya dalam seminggu? Duit disimpan setahun akhirnya guna seminggu sahaja.

Anda fikir, anda muhasabah, anda kira-kira belanjawan dan jika ada lebih RM150-RM200, sila hubungi Rizkee untuk pendaftaran takaful segera atau request quotation dari link dibawah:

https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-quotation/

Rizkee
0134824834
Great Takaful Group KL

Kelebihan Plan Takaful I-Great Damai – Part #1

Assalamualaikum WBT,

 

Kali ni Rizkee nak cerita sikit tentang kelebihan yang ada pada Plan Takaful I-Great Damai yang merangkumi perlindungan+kad kesihatan+simpanan.

 

Dalam plan takaful ini terdapat banyak riders (aksesori pelengkap) yang boleh ditambah. Antaranya:

1. I-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider (CABX)

2. I-Critical Illness Benefit Rider (CIBR)

3. I-Hospitalisation Benefits Rider (HB)

4. I-Provider/Contributor Benefit Plus (PP/CBP)

5. I-Medik Rider (Medical Card)

6. I-Medik Plus Rider

7. I-Great Income Rider

8. I-Early Payout CriticalCare Rider (EPCC)

 

Hari ni Rizkee nak cerita tentang 10 FAEDAH yang kita dapat daripada Rider NO 1 – I-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider (CABX) sahaja 🙂

Contoh perlindungan CABX yang di ambil ialah RM20,000:

1. Pampasan Kematian akibat kemalangan, 90 hari dari tarikh kemalangan – RM20,000

2. Pampasan berganda jika kematian melibatkan kenderaan awam, 90 hari dari tarikh kemalangan (selain daripada kereta kabel, teksi, kereta sewa atau sebarang jenis pengangkutan yang disewa bagi perjalanan peribadi) – RM40,000

3. Pampasan Hilang Upaya Penuh Kekal (HUPK) akibat kemalangan sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut dari tarikh hilang upaya – RM20,000

4. Hilang Upaya Kekal dalam tempoh 90 hari dari kecederaan kemalangan – mengikut peratusan daripada Jumlah Perlindungan

5. Kenaikan had pampasan sebanyak 5% setiap tahun secara percuma sehingga 10 tahun – RM1,000 sehingga RM10,000 (RM20000 x 5% = RM1000 (kenaikan setiap tahun))

6. Pampasan lumpuh sementara (MC minimum 7 hari) – RM150 seminggu 

7. Pampasan lumpuh separa (kerja ringan minimum 7 hari) – RM25 seminggu

8. Pampasan elaun ehsan kematian akibat kemalangan (5% daripada had pelindungan) -RM1,000

9. Rawatan pesakit luar akibat kemalangan – RM500 bagi setiap kemalangan

10. Elaum Hospital kerajaan akibat kemalangan (Minimum 7 hari) – RM60

 

Amacam OK kan faedahnya? Lebih dari Plan Personal Accident (PA) andakan? Semestinya LEBIH dan lagi HEBAT!

JOM klik di bawah untuk Rizkee buatkan quotation secara percuma

 https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-quotation/

ATAU

Watsapp/Message/Call ke no H/P Rizkee – 013-4824834

 

 cartoon-takaful

-Rizkee-

Penasihat Takaful Anda

Credit to: http://hazlytakafulge.wordpress.com/

Wajib Baca!!! Personal Accident Insurans/Takaful Untuk Kemalangan SAHAJA!

Assalamualaikum WBT.

Post kali ni Rizkee nak share sedikit tentang PERSONAL ACCIDENT PLAN (INSURANS/TAKAFUL) yang ramai diluar sana mendaftar tanpa mengetahui apakah isi kandungan dalam plan ini. Sudah tentu dengan bayaran yang murah setiap tahun diantara RM200 ke RM600 setahun, ramai diluar sana yang ‘kelabu mata’ dan cepat-cepat sign up tanpa memikirkan apakah plan ini cukup komprehensif untuk mereka dan keluarga. Dan ada juga yang bangga mengatakan “plan takaful yang saya daftar lebih murah dari plan Rizkee tawarkan”. Mestilah murah macam “rumah ada hantu”.

 accident-hero main_image

Rata-rata plan Personal Accident yang ditawarkan oleh pengendali insurans/takaful diluar sana menetapkan bahawa hanya mereka yang berumur di antara 16 tahun hingga 65 tahun sahaja yang layak untuk mendaftarkan diri dalam plan ini. Tidak seperti plan takaful ‘perlindungan+medical card+savings’ yang ada di pasaran yang membolehkan pelanggan melanggan seusia 30 hari. Contohnya melalui Great Eastern Takaful Bhd menerusi Plan I-Great Damai.

 

Suatu yang harus ditekankan disini, Plan Personal Accident (PA) ini hanyalah melindungi kes-kes yang melibatkan KEMALANGAN SAHAJA. Sudah tentu! Nama pun Plan Personal ACCIDENT. Tetapi masalahnya, ramai diantara kita yang mendaftar dalam plan ini tidak mengetahui tentang perkara ini. Sama ada tidak diberitahu ejen, atau ejen bagitahu anda yang tak faham, atau anda bersetuju dengan plan ini walaupun hanya melindungi kos-kos disebabkan kemalangan atau anda rasa plan perlindungan untuk KEMALANGAN sudah cukup kerana anda yakin anda akan sentiasa sihat, bebas dari penyakit. InshaAllah..

Personal Accident Insurance

Pada kebiasaannya, plan Personal Accident (PA) hanya menanggung kos perubatan, kos hospital, kos pembedahan, kos nursing home and kos physiotherapy tetapi hanyalah yang disebabkan oleh KEMALANGAN. Sakit disebabkan penyakit tidak akan dilindungi. Dan begitu juga tentang pampasan kematian atau lumpuh kekal, ianya hanyalah yang disebabkan dari akibat kemalangan SAHAJA. Diulangi disebabkan oleh KEMALANGAN SAHAJA!

Personal_Accident

Justeru, Rizkee membuat kesimpulan bahawa, plan ini hanya sesuai bagi mereka yang hanya yakin akan sakit disebabkan kemalangan dan tidak sesuai untuk mereka yang sakit dik kerana penyakit. Faham tak??

 

Rizkee, apa plan yang terbaik untuk menggantikan plan Personal Accident kami?? Daftarlah dalam plan I-Great Damai kerana dalam plan ini, segala jenis penyakit ataupun sakit yang disebabkan oleh kemalangan akan dilindungi. Personal Accident hanyalah subset kepada plan I-Great Damai yang merangkumi perlindungan, simpanan dan medical card. Sebab itu plan I-Great Damai ini jauh lagi baik dari plan Personal Accident.

 

p/s: Personal Accident (PA) lebih kurang sama dengan rider CABX dalam plan takaful I-Great Damai.

 

-Rizkee-

Penasihat Takaful Anda

Great Eastern Takaful Berhad