MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT (SIMPANAN LEBIH DARI CARUMAN! BIAR BETUL??)

 

(JANGAN BACA JIKA ANDA SUKA DUIT ANDA HANGUS!)

 

Disini Rizkee nak bagi sedikit info tentang MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT.

Pinjaman Konvensional

MRTA – Mortgage Reduced Term Assurance
MLTA – Mortgage Level Term Assurance

Pinjaman Islamik

MRTT – Mortgage Reduced Term Takaful
MLTT – Mortgage Level Term Takaful

MRTA/MRTT 

1. Memberi perlindungan kepada hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun mengikut baki hutang. Ia memberi jaminan kepada bank sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam.(erti kata lain insuran ini cover bank)

2. Sekiranya peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (TPD), insuran akan bayar pada bank dan peminjam atau waris akan dapat rumah.

3. Sekiranya peminjam menjual rumah dan membeli rumah lain, insuran ini akan lupus dan perlu membayar semula untuk pinjaman yang baru. Ia juga akan lupus setelah pinjaman bank selesai.

4. Setelah pinjaman selesai, tiada nilai tunai bg MRTA manakala bagi MRTT biasanya akan dibayar mengikut konsep mudharabah.

MLTA/MLTT

1. Memberi perlindungan kepada peminjam dan nilainya tidak berkurangan. Ia memberi jaminan kepada peminjam atau waris sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam. (erti kata lain insuran ini cover pencarum).

2. Sekiranya peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (TPD), insuran akan bayar kepada bank dan bakinya diserahkan kepada pencarum atau waris. Oleh itu pencarum atau waris akan dapat rumah dan juga duit.

3. Sekiranya peminjam menjual rumah dan membeli rumah lain, insuran ini boleh dipindahkan ke aset yang baru dan meneruskan caruman seperti biasa.

PINJAMAN ISLAMIK

HARGA / PREMIUM

MRTT – Rendah sekiranya dikira  dari sudut jumlah caruman. Tetapi perlu diingat bayaran adalah lump sum.

MLTT – Tinggi tetapi caruman ansuran

CARA BAYARAN

MRTT – Sekaligus

MLTT – Bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan

PEMBIAYAAN BANK

MRTT – Boleh dimasukkan dalam pinjaman bank sekiranya ingin membuat bayaran secara bulanan tetapi akan dikenakan upah (interest). Oleh itu jumlah caruman setelah + upah akan jadi tinggi.

MLTT – Tidak berkaitan

TUJUAN POLISI

MRTT – Jaminan kepada pihak bank

MLTT – Perlindungan  Kematian/Hilang Upaya Kekal/Penyakit Kritikal dan  Nilai Tunai

PINDAH MILIK/ASET

MRTT – Tidak boleh pindah milik atau pindah aset

MLTT – Boleh pindah milik atau pindah aset

PERLINDUNGAN

MRTT – Mengikut jumlah pinjaman dan akan terbatal apabila hutang langsai atau refinance

MLTT – Berdasarkan keseluruhan caruman, tiada susut nilai sepanjang tempoh polisi

PENAMA

MRTT – Bank sahaja

MLTT – Pencarum atau waris (100% HIBAH, TAK PERLU FARAID)

TUNTUTAN

MRTT – Insuran jelaskan baki hutang, pemilik atau waris terima rumah. Biasanya keuntungan diberikan berdasarkan konsep mudharabah, tetapi MRTA tiada keistimewaan ini.

MLTT – Takaful beri pampasan untuk selesaikan baki pinjaman dan baki wang pampasan milik penama sepenuhnya tanpa perlu di Faraid.

credit to: http://hartanahpremium.com

 

Nak pelan MLTT seperti dibawah??

BERMINAT??? NAK TAHU LEBIH LANJUT??

PM SAYA DI 013-4824834

ATAU KLIK DIBAWAH:

Quote_Layer-12

 

Advertisements

PELAN TAKAFUL ‘MLTT’ (IGREAT-MEGA) RUMAH RM500,000 & KEATAS

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

Rizkee nak kongsikan sedikit mengenai pelan taakful pelangsaian hutang pinjaman perumahan (‘MLTT‘) atau I-Great MEGA yang baru dilancarkan oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Pelan ini khusus untuk mereka yang melakukan pinjaman perumahan bernilai RM 500,000 dan keatas sahaja.

Kenapa anda perlu daftar pelan I-Great MEGA ini?

  1. Ianya memberikan pampasan wang jika pembeli rumah MENINGGAL atau HILANG UPAYA KEKAL.
  2. Pembeli mempunyai pilihan samada nak mencarum selama 20 TAHUN atau 10 TAHUN
  3. Perlindungan pelan ini selama 30 TAHUN! Walaupun anda mencarum 10 tahun sahaja.
  4. Jika tiada apa-apa yang berlaku, anda bakal mendapat 100-120% kembali wang caruman anda. WOW!!

Jom kita lihat contoh pengiraan pelan takaful hebat ini.

Profil pembeli:

 

mltt1

  • RM 2640 SETAHUN ATAU RM220 SEBULAN:

mltt2

  • PERLINDUNGAN KEMATIAN DAN HILANG UPAYA KEKAL RM 500,000 SELAMA 30 TAHUN TANPA BERLAKU SEBARANG PENURUNAN
  • KHAIRAT KEMATIAN RM 2000

mltt3

NILAI SIMPANAN YANG DI AKHIR TEMPOH CARUMAN DAN JUGA DI AKHIR TEMPOH PERLINDUNGAN:

PADA TAHUN KE-20: NILAI SIMPANAN RM 64,042 (121% CARUMAN DAPAT KEMBALI)

PADA TAHUN KE-30: NILAI SIMPANAN RM 60,892 (115% CARUMAN DAPAT KEMBALI)

mltt4

BERMINAT??? NAK TAHU LEBIH LANJUT??

PM SAYA DI 013-4824834

ATAU KLIK DIBAWAH:

Quote_Layer-12

 

PELAN TAKAFUL TANPA ‘MEDICAL CHECKUP’

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Great Eastern Takaful Berhad berbesar hati untuk menawarkan suatu pelan terbaik untuk anda semua.

Pelan takaful ini akan melangsaikan segala hutang anda sekiranya anda meninggal atau hilang upaya kekal.

Sangat sesuai untuk dijadikan PELAN MLTT pinjaman perumahan anda!!

Jom jana dana kecemasan keluarga anda bersama kami.

1m-mltt

 KLIK DIBAWAH UNTUK QUOTATION PERCUMA:

request-a-free-quotation1

700k-mltt

KLIK DIBAWAH UNTUK QUOTATION PERCUMA:

request-a-free-quotation1

100k-mltt

KLIK DIBAWAH UNTUK QUOTATION PERCUMA:

request-a-free-quotation1

Katakan TIDAK kepada Insurans Loan(MRTA) Beli Rumah

Semasa anda memohon pinjaman perumahan atau ‘housing loan’ untuk membeli rumah, sudah pasti anda akan ditawarkan dengan satu insurans untuk melindungi diri anda jika berlaku kematian atau lumpuh kekal. Teknikalnya ia dipanggil MRTA.

Jika pinjaman berjumlah RM500,000, anda sebenarnya akan membayar lebih kurang RM20,000 untuk insurans MRTA ni (boleh pm saya jika nak tahu bagaimana nak kira). Ada 2 cara kita boleh bayar; 1) masukkan RM20,000 itu kedalam pinjaman loan, 2) bayar cash.

Yang bayar cash anda sedikit bijak. Yang memasukkan ke dalam jumlah loan, AWAS! ianya tertakluk kepada faedah loan. Bukan lagi RM20,000 jumlahnya. Mungkin menjadi RM40,000.

Selalunya, banker akan bagi 2 pilihan kepada kita. Pertama, jika anda ambil MRTA dengan bank, faedah rendah. Kedua, jika anda tidak ambil MRTA dengan pihak bank, faedahnya lebih sedikitla. Oh YA! MRTA TIDAK WAJIB DIAMBIL DAN BANKER TIADA HAK NAK PAKSA KITA AMBIL!!

Baru tahu ke? Ok takpa. Kita gali lagi. MRTA ni perlindungannya menurun mengikut jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman. Sebagai contoh, tempoh pinjaman 35 tahun dan pinjaman RM500,000. Jika berlaku kematian atau lumpuh kekal semasa tahun ke-10 dan ketika itu pinjaman masih berbaki RM400,000, MRTA akan bertindak untuk melindungi baki RM400,000 itu. Jadi waris anda tidak perlu bayar lagi ansurans bulanan dan sudah memiliki rumah tersebut sepenuhnya. Nampak macam ok jekan?

Sebenarnya banyak kelemahan dalam MRTA ni. Mari kita senaraikan satu persatu:
1. Jika tempoh pinjaman 35 tahun dan loan MRTA berjumlah RM40,000, anda sebenarnya membayar RM95 sebulan dan ianya BURN begitu sahaja. TIADA SIMPANAN LANGSUNG!
2. Perlindungannya menurun mengikut baki jumlah pinjaman.
3. MRTA tidak boleh dipindah milik dari satu rumah ke rumah yang lain. Anda harus mengambil insurans MRTA berasingan untuk rumah kedua.

Sebab itu Rizkee datang nak berkongsi dengan anda tentang satu pelan takaful yang LEBIH BAIK dari MRTA. Dari segi teknikalnya, ianya dipanggil MLTT. Kenapa MESTI ambil MLTT:
1. Bayaran(sumbangan) bulanan mengikut tahap usia dan jumlah pinjaman perumahan anda.
2. Bayaran menjadi simpanan. Ini faktor WOW! Jika anda berumur antara 25-35 tahun, anda berpeluang mendapat balik 80-90% bayaran anda selepas 30 tahun.
3. Mungkin bayaran bulanan agak tinggi jika dibandingan dengan MRTA tadi tetapi apabila dikira balik, ianya bertukar menjadi simpanan anda pada hari tua.
4. 1 pelan MLTT boleh digunakan untuk melindungai si pembeli 3-4 buah rumah dalam satu-satu masa. Anda hanya perlu upgrade nilai perlindungan kematian/lumpuh kekal menyamai jumlah loan bagi kesemua rumah. MUDAHKAN!
5. Katakan anda mengambil MLTT perlindungan nyawa RM500,000 dan berlaku kematian pada tahun ke-10 (loan masih berbaki Rm400,000), waris anda akan dihadiahkan RM500,000, RM400,000 untuk bayar baki loan rumah dan RM100,000 lagi mereka boleh gunakan untuk meneruskan kehidupan. Baguskan?? Ada lagi…jumlah simpanan semasa pun mereka dapat. Bagusnya!
6. Dalam MLTT juga, kita boleh masukkan perlindungan untuk penyakit kritikal. Bukan perlindungan kematian & lumpuh kekal sahaja yang penting, perlindungan penyakit kritikal pun penting kerana jika terkena penyakit ini, kita juga tidak mampu bekerja. Siapa nak bayar loan rumah? MLTT la tolong langsaikan. Hebat!

Rasanya cukup penerangan untuk post kali ni. Jika tak puas hati dengan penerangan yang ringkas dan padat ni, boleh bersemuka dengan Rizkee. Hubungi Rizkee di 013-4824834 untuk mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA.

Rizkee
Penasihat MLTT Anda