Orang Gomen Perlu Ke Takaful?

Assalamualaikum,

Bulan lepas Rizkee pergi buat takaful sharing di salah sebuah hospital daerah di Kedah. Yang datang rata-ratanya staff nurse berumur lingkungan 30-40 tahun. Semuanya berjalan lancar beserta penerangan untuk mereka mengetahui apakah itu Takaful dan bagaimana cara nak mendaftarkan diri dalam Takaful.

Sehinggalah ada satu soalan keluar dari mulut seorang staff nurse mengatakan, “Kak kerja dengan Gomen, perlu ke takaful medical card ni? Bukan ke kami dah dapat semua coverage dari gomen. Semua ditanggung.”

Ini soalan Rizkee kepada ANDA yang bekerja dengan Gomen:

1. Adakah anda akan bekerja dengan Gomen sehingga umur 80 tahun?

2. Berapakah had tanggungan yang Gomen berikan jika berlaku sesuatu kepada anda?

3. Adakah jika kos pembedahan bernilai Rm 80000 semuanya ditanggung oleh Gomen? Atau ada percentage yang anda perlu bayar ?

4. Adakah anda mendapat priority jika perlu dilakukan suatu pembedahan kepada anda berbanding orang lain yang juga perlukan pembedahan?

Ini antara soalan-soalan yang Rizkee biarkan mereka menjawab dan mendapat jawapan dengan sendiri. Jika tidak, mana mungkin Rizkee ada customer yang bekerja sebagai Doktor dan Cikgu. Tentu mereka lebih arif soal Gomen tanggung ini. Wallahualam.

keratan-akhbar-prudential-medical-card-barah-rawar-rm300000

-Rezeki Rizkee Takaful-

Leave a comment