KES ORANG KAYA KEDEKUT

Assalamualaikum WBT,

 

Kes orang kaya kedekut ni bukan perkara baru lagi. Bertahun sudah golongan-golongan seperti mereka seakan-akan tidak mahu menggunakan duit yang mereka ada. Duit banyak tetapi sangat susah untuk habiskan kepada diri sendiri. Dahla kedekut, minta orang lain tolong bayarkan pulak tu. Memang kedekut betul!

 

Betul ke mereka ini kedekut?? Taklah! Rizkee gurau saja. Sebenarnya Rizkee nak cerita bahawa orang kaya pun tidak menggunakan duit mereka untuk membiayai kos-kos rawatan di hospital. Mereka menyimpan sejumlah wang dalam takaful/insurans demi memberikan perlindungan kepada nyawa dan harta mereka. Dengan hanya menyimpan RM200 sebulan, mereka telah dijanjikan dengan kos perlindungan rawatan di hospital sehingga RM 1.2 Juta. Bukankah langkah ini telah menyelamatkan duit simpanan mereka sebanyak RM 1.2 Juta?

 

Sudah tentu jawapannya YA. Sebab itu baru-baru ini artis terkenal Malaysia, Dauk Rosyam Noor telah berkongsi pengalaman hidup dia dengan ejen-ejen di Great Eastern Takaful. Beliau mengatakan bahawa beliau menyimpan RM 7000 sebulan di Great Eastern Takaful untuk perlindungan takaful nyawa dan asetnya. Sudah pasti kita boleh mengagak berapa banyak aset dan harta yang Datuk Rosyam Noor ada. Namun demikian, beliau yang kaya ini juga masih menginginkan plan takaful kepada diri dia. Kenapa?? Bukankah dia boleh bayar walau berapa pun jumlah kos rawatannya nanti?? Kenapa kita yang kurang kaya ni tidak peduli semua ni??

 

Ini bezanya orang kedekut yang bijak dan orang kedekut yang bodoh. Orang kedekut yang bijak sudah pasti mengetahui bahawa langkah pertama dalam perancangan kewangan ialah menyediakan plan perlindungan untuk diri dan keluarga. Manakala orang kedekut yang bodoh akan menggunakan duit simpanan/pelaburan mereka kesemuanya jika ditimpa musibah. Simpanan bertahun habis lenyap dalam masa sehari saja.

 

Oleh itu, marilah sama-sama kita jadi orang yang kedekut dan bijak dalam meniti kehidupan yang penuh dengan risiko yang tidak dijangka ini. Menyimpanlah dalam plan takaful kerana anda dan keluarga sentiasa dilindungi kemana saja anda pergi dan sudah pasti anda 100% tidak akan rugi.

 

KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN SEBUTHARGA PERCUMA!!

Quote_Layer-12

“TAKAFUL FOR YOU AND ME”

Rizkee Johari

Great Takaful Group

Kuala Lumpur Branch

Great Eastern Takaful

013-4824834

best-takaful-asia

INSURANS SYARIKAT COVER SAMPAI 99 TAHUN?

Assalamualaikum WBT,

Kita rajin mendengar kawan-kawan kita yang bekerja di syarikat besar dan mempunyai gaji yang besar-besar mengatakan bahawa mereka tidak perlukan pelan takaful peribadi kerana syarikat mereka telah melindungi mereka sekeluarga.

Betul. Itu tidak dinafikan dan tidak boleh disangkal. Namun, adakah jika berlaku apa-apa musibah atau kemalangan kepada diri anda yang membuatkan anda tidak ‘mampu’ bekerja, syarikat anda masih menggajikan anda selama bertahun-tahun? Atau mungkin hanya beberapa bulan? Atau mungkin lebih teruk dari itu? Selepas itu macam mana? Apa nasib anda dan keluarga?

“Terduduk seorang pakcik diatas kerusi roda di ward Hospital KPJ Kajang. Mukanya berkerut dan agak letih. Lalu aku bertanya apa penyakit pakcik? Pakcik tu tanpa ragu-ragu terus menjawab, “pakcik sakit buah pinggang nak..”. Dan mengikut perkongsian dengan pakcik ini, dia telah menggunakan hampir RM300,000 duit KWSPnya demi membayar kos rawatan. Untuk pengetahuan anda, pakcik ni bekas manager syarikat petroleum terkenal.

Berapa banyak duit KWSP dia? Hebat-hebat mungkin RM500,000 sahaja. Kini hanya tinggal RM200,000 sahaja. Berapa lama dia dan keluarga boleh survive dengan jumlah itu? 5 tahun? Bagaimana pula kos rawatan penyakitnya selepas ini?

Kawan, Rizkee nasihatkan daftarlah segera dalam takaful sebelum semuanya terlambat. Rizkee tahu gaji anda RM7000 sekarang tetapi apakah anda bersedia untuk membayar RM7000 setiap bulan selepas persaraan ini? Renung-renungkan dan buanglah prasangka buruk kepada sistem takaful ini.

“TAKAFUL FOR YOU AND ME ”
image

Rizkee Johari
Great Takaful Group
Kuala Lumpur Branch
Great Eastern Takaful
013-4824834

KWSP OH KWSP!!

KWSP bercadang naikkan had pengeluaran umur menjadi 60 tahun. Ada 2 benda bermain dikotak pemikiran Rizkee:
1. KWSP mahu dilihat sebuah institusi caruman persaraan yang mementingkan perancangan kewangan ahli-ahlinya kerana mereka risau tentang kesalahan pengagihan wang yang akan dilakukan oleh pesara apabila mendapat sejumlah simpanan kelak. Melalui track record hanya 3-5 tahun diambil untuk kesemua wang habis. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kesihatan, hutang itu hutang ini.

2. Yang kedua, sebagai ahli KWSP, mereka merasakan tertindas kerana sudahla itu wang mereka dan pula mereka harus mengikut telunjuk institusi berkenaan yang menetapkan bila mereka boleh keluarkan wang. Sudahla kami bayar kamu suruh jaga duit kami (ada yang kata dipaksa menyimpan), buat keuntungan melalui duit kami, kamu pula suruh kami ikut perintah kamu. Kami tak setuju! Itu duit kami!

Semua ini bukan Rizkee cakap, dengar-dengar dari ahli KWSP begitulah pendapat mereka. Bagi Rizkee, perancangan kewangan itu sangat penting. Ada orang dapat duit KWSP terus bayar hutang. Ada orang dapat duit KWSP terus labur dalam Tabung Haji, ASB dan mana-mana ‘investment tools’ yang diikhtiraf kerajaan. Setiap tahun dia mendapat balik gaji tahunan dia yang dulu melalui dividen 8%, 6.5% dan sebagainya. Dan ada juga yang dapat duit KWSP terpaksa gunakan untuk kos rawatan di hospital.

Fikir-fikirkan perancangan kewangan anda. 55 atau 60 tahun, jika tiada perancangan kewangan yang baik, tiada takaful untuk melindungi diri dan keluarga, nescaya duit habis begitu sahaja dalam sekelip mata dan terpaksa bekerja balik. Adakah anda merancang kearah itu? Wallahualam.

“TAKAFUL FOR YOU AND ME”
image

Rizkee Johari
Great Takaful Group
Kuala Lumpur Branch
Great Eastern Takaful
013-4824834

KENAPA HAMPA, KORANG, DEMO, DEME DAN KITE PERLUKAN TAKAFUL

Assalamualaikum WBT,

BARU BERKAHWIN
Mendirikan rumah tangga adalah satu langkah sulung untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini bermakna, anda sudah bersedia untuk mempunyai kediaman dan tidak lama lagi, akan berkeluarga. Membuat perancangan awal amat penting kerana ia akan membantu anda mengecapi kenikmatan hidup di kemudian hari. Oleh itu, anda dan orang tersayang mestilah dilindungi daripada ketidaktentuan dan risiko hidup. Apabila anda ingin memulakan hidup baru, anda perlukan pelan perlindungan Takaful mudah yang menawarkan anda pelan yang fleksibel dan pilihan untuk memilih jenis dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.
ANAK
Setiap ibu bapa memiliki impian untuk menyediakan segala yang terbaik dan sempurna buat anak-anak mereka, sejak mereka dilahirkan lagi. Pendidikan anak-anak mestilah diberikan keutamaan, tetapi ia juga menjadi satu kebimbangan kepada ibu bapa masa kini. Pendidikan yang sempurna adalah penting untuk anak-anak anda melangkah penuh kejayaan. Ia tidak berlaku begitu sahaja, anda perlukan sebuah pelan untuk mencapainya. Cara terbaik untuk menyediakan anak anda agar mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna adalah dengan bersedia untuk menghadapi perbelanjaan kos pendidikan yang tinggi. Merancang awal dengan menyimpan demi masa depan anak-anak anda.
HARI TUA
Anda sudah bersedia untuk meniti hari tua anda. Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu. Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara. Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.
PERLINDUNGAN
Kami tidak pernah inginkan sesuatu yang malang berlaku ke atas anda, kerana itulah persediaan untuk memiliki perancangan awal yang teliti dapat melindungi anda dan orang tersayang untuk menempuh hidup dengan selesa tanpa sebarang kesulitan. Takaful keluarga menawarkan anda perlindungan terhadap kejadian yang tidak diingini, apatah lagi kesulitan hidup termasuk kecederaan, penyakit, hilang upaya atau kehilangan orang tersayang. Hidup akan lebih terjamin apabila anda dan keluarga anda dilindungi daripada menghadapi sebarang risiko dalam hidup.
SIMPANAN
Bukankah sempurna sekiranya anda menyimpan sejumlah wang untuk simpanan, dan mendapat perlindungan sewajarnya? Kami menawarkan anda pelan Takaful yang menggabungkan perlindungan bersama program simpanan biasa. Cara ini dapat meningkatkan sumber kekayaan anda dengan lebih menenangkan jiwa sambil anda merancang kewangan anda demi masa depan yang penuh gemilang.
KESIHATAN
Salah satu aspek terpenting dalam kehidupan sempurna adalah mempunyai kesihatan yang baik. Pun begitu, anda tidak tahu bilakah anda akan menghadapi pelbagai isu kesihatan diri. Sebab itulah, anda perlu bijak menyediakan sejumlah wang untuk memenuhi keperluan pelan Takaful anda agar anda mendapat perlindungan yang komprehensif sekiranya anda dihadapi kesulitan pada masa akan datang.
Untuk keterangan lanjut tentang pelan-pelan takaful yang kami tawarkan, hubungi Rizkee di 013-4824834 atau terus isi butiran peribadi anda di website kami untuk mendapatkan sebutharga secara PERCUMA!
KLIK UNTUK SEBUTHARGA PERCUMA!!
10364062_10204159245004361_5830199545404619448_n
“TAKAFUL FOR YOU AND ME”
Rizkee Johari
Great Takaful Group
Kuala Lumpur Branch
Great Eastern Takaful
013-4824834
best-takaful-asia

MINDSET YANG BIJAK

Assalamualaikum WBT,

Apa yang kita fikirkan apabila mendapat gaji pertama bekerja?
1. Kereta
2. Motor besar
3. Rumah
4. Ibubapa
5. Gadget
6. Kahwin
7. Saving Tabung Haji/ASB/dll
8. Bayar hutang pelajaran

Majoriti orang muda yang 1st time dapat gaji akan berkira-kira untuk membeli sebuah kereta baru. Dulu saya pun macam tu. Tak berfikir panjang, simpan duit 6 bulan terus buat bayaran permulaan untuk mendapatkan sebuah kereta.

Saya pernah bersembang dengan seorang kenalan berbangsa tionghua tentang rancangan dia ketika mendapat pekerjaan pertama. Dia cakap kereta dia tak kan beli yang baru, cukup sekadar kancil second hand. Dalam minda dia, 1st sekali insurans (ofcos non muslim lebih kepada insurans instead of takaful), 2nd rumah dan 3rd main saham. Nampak tak permainan mereka?

Ini semua Rizkee percaya kerana mindset yang dipupuk dirumah. Maaf cakap sistem pendidikan negara tidak mungkin atau hanya segelintir yang berpeluang belajar tentang semua ini. Inilah perancangan kewangan yang betul. Protect your income then baru kepada pelaburan. Dan pelaburan mestilah ke arah yang menguntungkan (rugi sikit-sikit tu biasalah). Bukan yang depreciate setiap tahun seperti beli kereta.

So sembang panjang-panjang apa moral value disini? Moral of the story kita harus bijak merancang kewangan kita. Yang lepas biarkan ia berlalu. Tetapi pastikan kita tidak melakukan kesalahan yang sama dikemudian hari.

“TAKAFUL FOR YOU AND ME”

Rizkee Johari
Penasihat Takaful
Great Takaful Group
Kuala Lumpur Branch
Great Eastern Takaful
013-4824834

CUBA ANDA BAYANGKAN

Assalamualaikum WBT,

Sebenarnya motif tertubuhnya takaful adalah untuk membantu seluruh masyarakat Malaysia dari musibah atau kemungkinan tertentu seperti hutang, nafkah, keperluan peribadi dan kos rawatan yang makin meningkat. Cuba anda bayangkan kalau ditakdirkan anda lumpuh (hanya sebagai contoh) sudah tentu waktu itu emosi anda tinggi disebabkan sakit yang dialami, simpanan dan gaji yang ada untuk berbelanja perubatan dan kos ulang alik dari rumah ke hospital tidak mencukupi. Wang simpanan juga habis kerana rawatan dan sara hidup.

 

Sekiranya kita mempunyai anak, mereka juga memerlukan perhatian dan bantu dari kita, tanggungjawab kita adalah membela mereka dengan memberikan perlindungan, makanan dan pelajaran. Sudah pasti waktu itu, anda akan berfikir kembali betapa pentingnya takaful dan pada masa itu juga sudah terlambat kerana musibah telah pun berlaku. Cuma anda hitungkan pada waktu itu wang gaji dan simpanan mesti tidak cukup untuk menampung hutang, kos sara hidup dan perubatan yang semakin tinggi sekarang. Boleh jadi juga suami, orang terdekat dan sahabat-sahabat kita menjauhkan diri kerana tidak sanggup berdepan dengan masalah yang kita alami. Persediaan sebeginilah yang sangat dituntut Islam.

 

Satu lagi masalah paling besar ialah tanggungjawab untuk diri kita menglangsaikan hutang yang ada, nafkah untuk anak-anak, bantuan kewangan untuk ibu bapa tidak dapat dibekalkan lagi sebab berlakunya kematian atau lumpuh kekal. Apa salahnya kalau kita sediakan untuk mereka satu jumlah kewangan yang besar untuk mereka meneruskan kehidupan dan pelajaran. Malah Rasulullah juga telah menyarankan kita agar menyediakan satu jumlah perbelanjaan atau harta untuk anak dan isteri agar mereka boleh meneruskan kehidupan dengan baik. Cuba anda bayangkan. Adakah masyarakat kita sekarang ini menjalankan kehidupan seperti yang disarankan oleh Rasulullah atau Islam? Apa kita hendak jawab di hadapan Allah apabila semua keperluan untuk keluarga dan diri tidak dapat disediakan kita dengan baik?

 

Fikir-fikirkanlah..Sampaikah hati kita hendak mengharapkan ibu bapa atau saudara kita mengambil alih tugas kita menjaga anak-anak dan membantu kita menyediakan kos rawatan. Secara logiknya tidak mungkin terjadi sebab mereka pun belanja cukup-cukup makan sahaja, kalau ada pun mungkin sekadar itu sahaja dan lebih-lebihnya tiada. Mungkin anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan perbelanjaan cukup boleh menyebabkan emosi mereka terganggu dan motivasi untuk meneruskan pelajaran juga makin menurun. Cuba anda lihat, berapa ramai remaja yang mengalami masalah seperti ini berhenti belajar, bekerja dan ada juga terlibat dengan kes-kes jenayah. Inilah gunanya tabung khairat yang disediakan takaful bagi membantu masyarakat keluar dari masalah, setidak-tidaknya sebahagian bebanan terangkat dengan bantuan takaful.

 

Sebab dari sinilah para ulamak dan tokoh ilmuwan Islam berpendapat bahawa masyarakat sekarang wajib memiliki atau mencarum takaful, kerana gaya hidup tidak mematuhi syarak dan banyak hutang dan tanggungjawab. Contoh gaya pemakanan sudah jauh terpesong dengan apa yang disarankan Rasulullah iaitu makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang, semasa mengambil makanan. Sebelum makan, minum dahulu kemudian makan dahulu buah-buahan atau benda-benda yang lembut. Setelah itu barulah makan benda-benda yang berat. Kejahilan inilah yang menyebabkan masyarakat kita tidak terlepas dari segala penyakit yang ada. Di sini jugalah terletaknya kepentingan takaful seperti medical kad.

 

Soal ejen tidak jujur itu berlaku sebab kita dihalang mendapatkan maklumat yang betul dan menepati kepentingan yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam seperti hutang, tanggungjawab kepada waris, anak-anak dan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan target tahunan sahaja. Kadang-kadang mereka juga menipu dengan mengatakan semua wajib diambil, tetapi hakikatnya tidak. Semua itu sebenarnya kita sendiri yang menentukan, agen hanya menyarankan dan memberi pendapat, membuat keputusan. Menentukan berapa banyak dan benefit adalah kita sebagai pelanggan. Nasihat Rizkee carilah ejen yang betul-betul hendak membantu dan meringankan bebanan serta faham akan masalah yang dihadapi Sekiranya  anda bersedia, Rizkee boleh menyampaikan banyak info yang berkaitan kepentingan takaful dari sudut pembangunan muamalah Islam dan ia adalah berkait rapat dengan gaya hidup serta pengurusan kewangan kita. Rizkee boleh hubungi anda, cumanya anda perlu berikan masa dan tarikh yang dipersetujui oleh Rizkee. Kalau dekat Rizkee boleh buat kunjungan untuk berjumpa dan bercerita dengan lebih dekat dan jelas dilengkapi dengan pelan kos belanja, simpanan yang perlu ada dan berapa sepatutnya belanja dan simpan. Paling rendah sumbangan bulanan takaful adalah RM 25.00 sahaja dengan menyediakan kewangan untuk kematian dan lumpuh lebih RM 30.000.00. Bandingkan pula dengan simpanan melalui ASB, Tabung Haji dan masuk mana-mana saham sekalipun, belum tentu dapat menabung sebegini banyak. Kalau RM 100.00 pula, anda dapat menyediakan kewangan untuk kematian dan lumpuh kekal sebanyak lebih RM 200.000.00 (ini semua perlu dikira di dalam sistem takaful) dan anda boleh lihat sendiri semasa Rizkee melakukan perkiraan (semua urusan adalah jelas dan tidak tersembunyi).

 

KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN SEBUTHARGA PERCUMA!! 

Quote_Layer-12

Rizkee Johari

Great Takaful Group

Kuala Lumpur Branch

Great Eastern Takaful

013-4824834

best-takaful-asia

SAYANGLAH NYAWA LEBIH DARIPADA HARTA

Assalamualaikum WBT,

Cuba nilaikan diri kita dengan kenderaan kita.

1. Adakah kita sayang pada diri kita lebih lagi jika hendak dibandingkan dengan kereta kita?

2. Apakah anda setuju kereta jika kemalangan perlukan pembaikan dan kita pula jika ditimpa musibah seperti lumpuh atau penyakit kritikal juga memerlukan pembaikan dan rawatan?

Jika jawapan anda YA pada dua soalan diatas bermakna anda memerlukan plan takaful peribadi secepat mungkin.

compare

Malang tidak berbau dan kehidupan kita penuh dengan risiko. Apa kata kita kongsi risiko kehidupan kita dengan jutaan peserta takaful yang lain. Sekurang-kurangnya kita tidak bersendirian ketika musibah menimpa kita. Kita dan peserta takaful yang lain akan sentiasa setiap bulan menabung dalam tabung kecemasan yang dipanggil Tabung Tabarru’. Tabung ini kita gunakan bila hendak mendapatkan rawatan di hospital swasta.

“TAKAFUL FOR YOU AND ME”

Jom dapatkan sebutharga percuma dari Kami:

Quote_Layer-12

Rizkee Johari

Great Takaful Group

Kuala Lumpur Branch

Great Eastern Takaful

013-4824834

Gaji Naik 100% Setiap Tahun

Assalamualaikum WBT,

Kali ni Rizkee nak cerita tentang kerjaya sebagai Penasihat Takaful. Tak kisahla dengan operator mana sekalipun, skim yang ditawarkan lebih kurang sama dan memang berbaloi. Dulu sebelum berkecimpung dalam dunia takaful ni, Rizkee bekerja dengan sebuah multinational semiconductor company selama 3 tahun. Boleh dikatakan kenaikan gaji purata hanya 4-5% setahun dan pernah sekali saja Rizkee dapat 15%. Cuba bayangkan 5% daripada RM3000, hanya RM150 untuk setiap tahun. Bagi Rizkee ia sangatlah kecil dan tidak dapat menampung kos inflasi yang setiap tahun meningkat. Mungkin ada sesetengan orang yang mahu kita bersyukur dengan itu dan Ya! Rizkee pun bersyukur tetapi sudah pasti tidak salah untuk kita mencari yang lebih baik. Bukan tamak tetapi kita sudah tentu tahu kekuatan dan kelayakan kita dan gaji yang sepatutnya dibayar kepada kita.

  20150210_113503

Sebab itu Rizkee mengambil keputusan untuk menceburi kerjaya sebagai Penasihat Takaful sepenuh masa pada awal tahun 2014. Sebelum itu Rizkee melakukannya secara separuh masa selama 2 tahun dan kadang-kadang tiada masa. Kalau nak cerita tentang halangan dan cabaran, pantai mana tiada ombak? Sudah pasti ada dan harus dilalui dengan hati yang sabar dan berserah kepada Allah SWT. Alhamdulillah, rezeki itu Allah SWT yang beri dan kita hanya mampu berusaha. Kenaikan gaji disini tidak seperti ditempat lain dan ianya tidak stable sebab sentiasa naik 🙂 Hampir 1000% gaji naik untuk 2014, Subhanallah! Jika mula dengan RM500, anda sudah ada RM5000 untuk tahun pertama. Berbaloikan? Itu belum dikira production bonus dan kenaikan untuk tahun kedua. Btw, modal perniagaan anda hanyalah RM84.80 untuk menduduki peperiksaan TBE (Takaful Basic Examination). Mudah dan sangat senang!!

20150129_220236

Dan dengan sebab inilah, Rizkee mengajak anda semua untuk mengikut jejak langkah Rizkee atau mungkin setapak lebih daripada Rizkee untuk berkerjaya dalam bidang takaful ini. Anda ada masa, anda ada duit dan yang paling penting perniagaan anda boleh dibuat dimana sahaja. Tiada sempadan untuk anda melakukan aktiviti perniagaan anda. ‘Slip gaji’ anda ditulis oleh anda dan nilainya anda yang tentukan, bergantung kepada usaha dan kerajinan anda. BESTKAN???

20150205_220156 20150215_111711

JOM BERSAMA RIZKEE DALAM KERJAYA SEBAGAI PENASIHAT TAKAFUL. BIMBINGAN DAN LATIHAN AKAN DIBERIKAN OLEH PIHAK GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD DAN RIZKEE SENDIRI TANPA ADA SEBARANG KOS. KLIK DI LINK INI UNTUK TEMUJANJI KITA- https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/i-takaful-agent/

 

“TAKAFUL FOR YOU AND ME”

 

Rizkee Johari

Great Takaful Group

Kuala Lumpur Branch

Great Eastern Takaful

013-4824834