MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT (SIMPANAN LEBIH DARI CARUMAN! BIAR BETUL??)

(JANGAN BACA JIKA ANDA SUKA DUIT ANDA HANGUS!)

Disini Rizkee nak bagi sedikit info tentang MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT.

Pinjaman Konvensional

MRTA – Mortgage Reduced Term Assurance
MLTA – Mortgage Level Term Assurance

Pinjaman Islamik

MRTT – Mortgage Reduced Term Takaful
MLTT – Mortgage Level Term Takaful

MRTA/MRTT 

1. Memberi perlindungan kepada hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun mengikut baki hutang. Ia memberi jaminan kepada bank sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam.(erti kata lain insuran ini cover bank)

2. Sekiranya peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (TPD), insuran akan bayar pada bank dan peminjam atau waris akan dapat rumah.

3. Sekiranya peminjam menjual rumah dan membeli rumah lain, insuran ini akan lupus dan perlu membayar semula untuk pinjaman yang baru. Ia juga akan lupus setelah pinjaman bank selesai.

4. Setelah pinjaman selesai, tiada nilai tunai bg MRTA manakala bagi MRTT biasanya akan dibayar mengikut konsep mudharabah.

MLTA/MLTT

1. Memberi perlindungan kepada peminjam dan nilainya tidak berkurangan. Ia memberi jaminan kepada peminjam atau waris sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam. (erti kata lain insuran ini cover pencarum).

2. Sekiranya peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (TPD), insuran akan bayar kepada bank dan bakinya diserahkan kepada pencarum atau waris. Oleh itu pencarum atau waris akan dapat rumah dan juga duit.

3. Sekiranya peminjam menjual rumah dan membeli rumah lain, insuran ini boleh dipindahkan ke aset yang baru dan meneruskan caruman seperti biasa.

PINJAMAN ISLAMIK

HARGA / PREMIUM

MRTT – Rendah sekiranya dikira  dari sudut jumlah caruman. Tetapi perlu diingat bayaran adalah lump sum.

MLTT – Tinggi tetapi caruman ansuran

CARA BAYARAN

MRTT – Sekaligus

MLTT – Bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan

PEMBIAYAAN BANK

MRTT – Boleh dimasukkan dalam pinjaman bank sekiranya ingin membuat bayaran secara bulanan tetapi akan dikenakan upah (interest). Oleh itu jumlah caruman setelah + upah akan jadi tinggi.

MLTT – Tidak berkaitan

TUJUAN POLISI

MRTT – Jaminan kepada pihak bank

MLTT – Perlindungan  Kematian/Hilang Upaya Kekal/Penyakit Kritikal dan Nilai Tunai

PINDAH MILIK/ASET

MRTT – Tidak boleh pindah milik atau pindah aset (1 sijil hanya lindungi 1 pinjaman perumahan dalam satu masa)

MLTT – Boleh pindah milik atau pindah aset (1 sijil boleh lindungi beberapa pinjaman perumahan dalam satu masa)

PERLINDUNGAN

MRTT – Mengikut jumlah pinjaman dan akan terbatal apabila hutang langsai atau refinance.

MLTT – Berdasarkan keseluruhan caruman, tiada susut nilai sepanjang tempoh polisi

PENAMA

MRTT – Bank sahaja

MLTT – Pencarum atau waris (100% HIBAH, PAMPASAN TAK PERLU FARAID)

TUNTUTAN

MRTT – Insuran jelaskan baki hutang, pemilik atau waris terima rumah. Biasanya keuntungan diberikan berdasarkan konsep mudharabah, tetapi MRTA tiada keistimewaan ini.

MLTT – Takaful beri pampasan untuk selesaikan baki pinjaman dan baki wang pampasan milik penama sepenuhnya tanpa perlu di Faraid pampasan tersebut.

 

credit to: http://hartanahpremium.com

 

Nak pelan MLTT seperti dibawah??

 

BERMINAT??? NAK TAHU LEBIH LANJUT??

PM SAYA DI 013-4824834

ATAU KLIK BUTTON DIBAWAH:

Quote_Layer-12

 

BERMINAT MENJADI EJEN TAKAFUL MLTT?

PM SAYA DI 013-4824834

ATAU KLIK BUTTON DIBAWAH: